FAMA TV
Uncategorized

menganjurkan Program Jualan dan Promosi Harumanis

๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž๐’๐ˆ ๐‡๐€๐‘๐”๐Œ๐€๐๐ˆ๐’

๐Ÿ—’๏ธ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐‡๐€๐‘๐”๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐…๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐–๐€ ๐“๐„๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘

๐Ÿ“ Busana @ Menara MARA, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 22 April 2026 โ€“ Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat Incorporated (MARA Inc.) menganjurkan Program Jualan dan Promosi Harumanis bermula 20 hingga 24 April 2026 di Busana @ Menara MARA Kuala Lumpur.

Program ini merupakan inisiatif strategik bagi memaksimumkan potensi pasaran mangga Harumanis sempena musim pengeluaran puncak, di samping memperluas akses pengguna di Kuala Lumpur dan Lembah Klang kepada buah premium tempatan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MARA Inc. Sdn. Bhd., YBrs. Encik Faizul Idzhar bin Ahmad Yazi, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA serta barisan pengurusan kanan FAMA dan MARA.

Mengangkat konsep โ€œDari Ladang Ke Bandarโ€, program ini membolehkan hasil segar dan produk inovasi hiliran dipasarkan secara terus kepada pengguna, sekali gus memendekkan rantaian pemasaran, meningkatkan pendapatan usahawan serta menawarkan harga yang lebih berpatutan.

Sepanjang penganjuran, pelbagai produk berasaskan mangga ditawarkan termasuk Harumanis premium, Perlis Sunshine serta produk hiliran. Sebanyak 11 lot jualan melibatkan usahawan dari Perlis, Kedah dan Selangor dengan sasaran nilai jualan RM150,000 serta anggaran kehadiran 3,000 pengunjung.

Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti sesi uji rasa, kuiz santai dan persembahan muzik akustik, selaras dengan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan.

Penganjuran ini dijangka memberi impak positif dalam memperkasa ekonomi usahawan tani serta memastikan pengguna memperoleh bekalan mangga Harumanis gred premium yang segar, berkualiti dan pada harga yang kompetitif.

FAMA komited untuk terus memperkukuh rantaian pemasaran agromakanan negara selaras dengan aspirasi keterjaminan makanan negara.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini!

๐Ÿ“… 20 โ€“ 24 April 2026
๐Ÿ“ Busana @ Menara MARA, Kuala Lumpur
๐Ÿ•’ 10.00 pagi โ€“ 9.00 malam

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Harumanis premium selagi stok masih ada!

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#FAMAMalaysia
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

Popular

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Johor 2026

FamaTV Systems

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐๐“๐”๐‡๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐ŠA

FamaTV Systems

MakTon Sambal Garing & Serunding Herba Usahawan FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment