FAMA TV
Uncategorized

Kursus Executive Communication & Leadership Presence in English

๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐„๐—๐„๐‚๐”๐“๐ˆ๐•๐„ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐‚๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ & ๐‹๐„๐€๐ƒ๐„๐‘๐’๐‡๐ˆ๐ ๐๐‘๐„๐’๐„๐๐‚๐„ ๐ˆ๐ ๐„๐๐†๐‹๐ˆ๐’๐‡

๐Ÿ“… 27 April 2026 (Isnin)
โฐ 10.00 pagi โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Dewan Bunga Raya, FAMA Point

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Kursus Executive Communication & Leadership Presence in English sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh keupayaan komunikasi pegawai kanan organisasi.

Kursus ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, serta turut dihadiri YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA, YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA.

Pelaksanaan kursus ini selaras dengan keperluan persekitaran kerja masa kini yang menuntut kecekapan komunikasi yang jelas, tersusun dan berimpak tinggi, khususnya dalam aspek kepimpinan, penyelarasan operasi serta pengurusan pihak berkepentingan termasuk di peringkat antarabangsa.

Kursus ini disertai oleh pegawai kanan FAMA yang terdiri daripada gred 13 dan ke atas melibatkan wakil dari Ibu Pejabat dan negeri. Program ini dilaksanakan melalui pendekatan diagnostik berstruktur yang memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi komunikasi dalam Bahasa Inggeris merangkumi aspek penyusunan mesej, ketepatan bahasa, kefasihan, keyakinan penyampaian serta elemen leadership presence yang mencerminkan kredibiliti dan profesionalisme pegawai.

Selain itu, program ini turut berperanan mengenal pasti jurang kompetensi komunikasi dalam kalangan pegawai bagi membolehkan perancangan latihan susulan yang lebih bersasar, praktikal dan berimpak tinggi dilaksanakan pada masa hadapan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkukuh keupayaan modal insan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif, profesional dan diyakini selaras dengan aspirasi pembangunan sektor agromakanan negara.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysiac
#CukupDanTerjamin
#FAMAMalaysia
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

Popular

Program Kembara Bakti Kepimpinan dan Pembangunan Bakat FAMA 2026

FamaTV Systems

menganjurkan Program Jualan dan Promosi Harumanis

FamaTV Systems

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Johor 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment