๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐
6 Jun 2026
๐ Pasar Tani Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II ke Pasar Tani Kelana Jaya bagi meninjau secara dekat peranan pasar tani sebagai platform pemasaran agromakanan negara yang memberi manfaat besar kepada usahawan serta komuniti setempat.
Pasar Tani Kelana Jaya yang berada di bawah seliaan FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menghimpunkan seramai 86 usahawan dengan pelbagai kategori jualan termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging segar, hasil laut, ikan air tawar, makanan siap dimakan, minuman serta pelbagai produk keperluan harian.
Sepanjang lawatan tersebut, YB Menteri Kewangan II turut beramah mesra bersama para usahawan pasar tani serta meninjau reruai agensi-agensi yang terlibat. Beliau turut mendengar taklimat dan penerangan berkaitan pelbagai inisiatif pembiayaan, pembangunan usahawan serta sokongan keusahawanan yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan.
Program ini turut memberi penekanan kepada usaha memperkasa usahawan melalui akses kepada pembiayaan kewangan, bimbingan perniagaan, literasi kewangan, pendaftaran perniagaan serta galakan penggunaan pembayaran digital bagi meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan.
Antara agensi yang turut serta dalam program ini ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agrobank, Bank Rakyat, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Setiap agensi telah menempatkan pegawai dan wakil masing-masing di reruai pameran bagi menyediakan khidmat nasihat, maklumat pembiayaan serta perkhidmatan sokongan secara terus kepada para usahawan dan pengunjung.
Turut mengiringi lawatan adalah YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Institusi Pasaran, YBrs. Haji Isa bin Haji Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta YBrs. Muhd Nor Badlishah bin Ahmad Shahrin, Pengarah Korporat dan Advokasi FAMA, bersama-sama pegawai-pegawai kanan FAMA serta wakil pengurusan dari jabatan dan agensi yang terlibat.
FAMA akan terus memperkukuh fungsi Pasar Tani sebagai platform pemasaran agromakanan negara yang berdaya saing, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan usahawan, memperluas akses pasaran serta memperkasa agenda pendigitalan perniagaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

