FAMA TV
Uncategorized

Sesi Taklimat Bersama Usahawan Kingdom of Agrofood (KOA) Sempena MAHA 2026

π’π„π’πˆ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŠπˆππ†πƒπŽπŒ πŽπ… π€π†π‘πŽπ…πŽπŽπƒ (πŠπŽπ€) π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 13 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 9.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dewan B, MAEPS Serdang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui Bahagian Padanan Bekalan dan Pemasaran Segar dan Intervensi telah mengadakan sesi taklimat bersama usahawan Kingdom of Agrofood (KOA) sebagai persediaan menjelang penganjuran MAHA 2026.

Turut hadir sama YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Pengarah Kanan Pemasaran Segar & Intervensi, YBrs. Cik Zuriana binti Mat Adam Pengarah Kanan Padanan Bekalan dan YBrs. Dr. Shahiida binti Musa, Pengarah Kanan Risikan & Pemodenan Pasaran, serta wakil daripada bahagian-bahagian FAMA, agensi yang terlibat dalam persiapan dan pelaksanaan MAHA 2026.

Sesi ini memberi penerangan dan penyelarasan kepada usahawan bagi memastikan persediaan serta pelaksanaan aktiviti di kluster KOA sepanjang MAHA 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Turut diadakan sesi temu ramah bersama usahawan KOA bagi mengetengahkan produk, pengalaman serta persediaan mereka dalam menyertai MAHA 2026, sekali gus memberi gambaran awal mengenai tarikan yang bakal menanti para pengunjung.

🍈Kingdom of Agrofood (KOA) merupakan antara kluster FAMA yang bakal diketengahkan sepanjang MAHA 2026 dalam usaha mempromosikan hasil agromakanan tempatan serta memperluaskan peluang pemasaran kepada usahawan.

✨ Jangan lepaskan peluang untuk meneroka Kingdom of Agrofood di MAHA 2026!

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ“ MAEPS, Serdang

πŸ”₯ MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi!

Jom Ke MAHA 2026!

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#FAMASantuni
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#KingdomofAgrofood

Popular

Masak-masak Bersama ABO – Teaser Episod 15

FamaTV Systems

Masak-masak Bersama ABO Episod 14

FamaTV Systems

Masak-masak Bersama ABO – Teaser Episod 14

FamaTV Systems

Leave a Comment