FAMA TV
Uncategorized

Program Media Tour Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026

πŒπ„πƒπˆπ€ π“πŽπ”π‘ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐘𝐁 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π“π„π‘π‰π€πŒπˆππ€π πŒπ€πŠπ€ππ€π

πŸ“†19 Ogos 2026 | Serdang

Program Media Tour Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bersama YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah berlangsung hari ini di MAEPS, Serdang.

Turut hadir YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM); YBhg. Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM; YBhg. Datuk Dr. Mohd Haniff bin Hassan, Ketua Sekretariat MAHA 2026; YBYBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA, bersama barisan pengurusan KPKM, agensi-agensi di bawah KPKM dan rakan-rakan media.

Dalam sesi ini, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, telah menerangkan penglibatan FAMA@MAHA 2026 yang tampil dengan konsep lebih menyeluruh dalam menghubungkan rantaian agromakanan daripada produk, usahawan, pemasaran dan pengguna sehingga ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Di MAHA 2026, FAMA diberi kepercayaan mengendalikan empat segmen utama, iaitu Food Empire, Food Truck Fiesta, Agribusiness dan Kingdom of Agrofood (KOA).

🍽️ Food Empire membawakan konsep Lebuh Raya Kulinari – Menikmati Keunikan Rasa, di Setiap Hentian dengan pelbagai hidangan ikonik, viral dan antarabangsa, termasuk 132 menu super jimat di bawah RM10.

🚚 Food Truck Fiesta bertemakan Lepak Santai, Seisi Keluarga dengan penglibatan 30 food truck, pelbagai pilihan makanan serta aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

🌏 Agribusiness menerusi tema Rasa Malaysia: Cita Rasa Lokal Ke Global mengetengah lebih 1,500 SKU pelbagai produk usahawan yang inovatif, bernilai tambah dan 32 usahawan berpotensi ke pasaran antarabangsa melalui Gate To Global. Turut diketengahkan ialah KOPIESATU dengan menu baru seperti Gula Apong Coffee Latte, Oat Latte, Jasmine Milk Tea, dan White Peach Oolong Milk Tea . Selain itu, pakej perniagaan KOPIESATU secara pelesenan juga turut akan diperluaskan.

🍈 Kingdom of Agrofood (KOA) membawa tema Melon Malaysia, Kebanggaan Kita dengan pameran pelbagai varieti melon, teknologi fertigasi dan smart farming, termasuk 3,000 biji tembikai unik serta 5,000 set Kombo Madani.

Selain itu, FAMA turut menganjurkan International Conference on Agribusiness Marketing (i-CAM) 2026 pada 1 hingga 2 September 2026 di Dewan B serta menyediakan Pavilion Certificate of Trade (COT) bagi memperkukuh akses usahawan tempatan ke pasaran antarabangsa.

Secara keseluruhannya, FAMA@MAHA 2026 melibatkan 349 usahawan dengan sasaran nilai jualan langsung sebanyak RM15.1 juta, sekali gus memperkukuh peranan FAMA sebagai penghubung antara pengeluaran, usahawan dan pasaran.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ“ MAEPS, Serdang

Nikmati kepelbagaian makanan dan hasil pertanian tempatan, kenali usahawan Malaysia, terokai inovasi agromakanan serta saksikan sendiri pelbagai tarikan menarik yang disediakan FAMA.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jumpa Anda di MAHA 2026!!

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#FAMASantuni
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#FAMAatMAHA2026
#JomKeMAHA
#AgroMadani
#MAHA2026
#HKHM2026
#FoodEmpire
#FoodTruckFiesta
#KingdomofAgrofood
#Agribusiness
#CAM
#MAHAGoGlobal
#Agromas

Popular

Masak-masak Bersama ABO – Teaser Episod 16

FamaTV Systems

Masak-masak Bersama ABO Episod 15

FamaTV Systems

Sesi Taklimat Bersama Usahawan Kingdom of Agrofood (KOA) Sempena MAHA 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment