FAMA Agro TV
Promosi

Bahagian Pemasaran Industri Makanan (Khidmat Pemasaran Segar)

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah ;
Membantu petani memasarkan hasil keluaran mereka melalui aktiviti belian di ladang
 
FAMA melalui 39 Pusat Operasi seluruh negara menyediakan perkhidmatan belian di ladang kepada para petani yang memerlukan perkhidmatan FAMA ini.
Pusat-pusat Operasi ini dilengkapi dengan kemudahan seperti lori, tempat penyimpanan dan bilik sejuk serta kelengkapan peralatan pemasaran seperti bakul, alat timbang, kotak dan sebagainya.
FAMA akan melaksanakan aktiviti belian dengan menyediakan peralatan tersebut bagi memudahkan petani menjual hasil keluaran mereka kepada FAMA. Petani akan memetik hasil keluaran mereka dan mengasingkan mengikut gred di bawah Peraturan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).
Perkhidmatan ini mewujudkan luang pasaran yang lebih luas untuk hasil petani dan memberikan persaingan harga di peringkat ladang bagi menjamin harga yang munasabah kepada petani.
 
2) Menawarkan harga lantai bagi meningkatkan pendapatan petani
 
Pihak FAMA akan menawarkan harga lantai kepada petani-petani di bawah program Ladang Kontrak yang menandatangani Perjanjian Forward Agreement (FA).
Pusat-Pusat Operasi FAMA akan membeli pada harga lantai yang telah dipersetujui antara FAMA dan petani apabila berlaku kejatuhan harga pasaran di ladang.

3) Menstabilkan harga di peringkat Ladang semasa lebihan bekalan atau pengeluaran.
Sektor pertanian sentiasa menghadapi masalah ketidakseimbangan di antara bekalan dan permintaan pasaran yang menyebabkan petani tidak mendapat pulangan yang terbaik sehingga ada yang mengalami kerugian.
Pusat Operasi FAMA berperanan membantu petani dengan menstabilkan harga ladang melalui aktiviti belian terus dari FAMA.
FAMA akan menawarkan belian pada harga lantai kepada petani-petani yang menghadapi lebihan bekalan atau pengeluaran khususya semasa musim buah-buahan bermusim dan komoditi-komoditi lain yang seringkali berlaku kejatuhan harga pada setiap tahun seperti timun, tembikai, keledek, tomato dan kubis bulat Cameron Highlands.
 
4) Pemadanan Perniagaan Antara Pengeluar dan Pembeli
 
FAMA turut melaksanakan aktiviti pemadanan perniagaan (business matching) antara pengeluar dan pembeli .
Pembeli-pembeli yang memerlukan sesuatu komoditi akan ditemukan dengan pengeluar khususnya di bawah peserta ladang kontrak.
Jika keperluan permintaan adalah berterusan, pihak FAMA akan mengaturkan pelaksanaan projek mengikut penjadualan tanaman bagi membekalkan kepada pembeli atau pengusaha secara berterusan.

Popular

Jejari Ulam Cheese Viral

Editor FAMA

BISKUT CRACKER INTI SERUNDING RESEPI BERBUKA PUASA

Editor FAMA

Batik Mocha Terlajak Sedap Confirm Suami Puji

Editor FAMA