FAMA TV
Uncategorized

PROGRAM JELAJAH RAMADHAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (WPKL)

5 April 2023 | Rabu | Masjid Al- Falah, Rawang

Program Jelajah Ramadan 2023 dengan kerjasama di antara Bank Rakyat dan FAMA telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan YBrs. Encik Pahmi bin Samsudin, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Rawang.

Turut hadir, YBrs. Puan Salina binti Nawi, Timbalan Pengerusi Puspanita FAMA, YBrs. Puan Intan Suraya binti Ibeni Hajar, Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia dan YBrs. Encik Noh bin Nik Wan, Pengarah FAMA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya gotong-royong membungkus dan mengagih bubur lambuk, Majlis Khatam Al-Quran, Ziarah Cakna kepada golongan asnaf yang uzur, penyampaian kit bantuan makanan kepada golongan asnaf dan juga pembukaan kaunter perkhidmatan pelanggan FAMA.

Ucapan terima kasih kepada pihak Masjid Al-Falah Rawang dan juga seluruh warga kerja FAMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menjayakan program ini.

FAMA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Gombak & Hulu Selangor

#famadihatirakyat
#jelajahramadan2023
#famabankrakyat
#CukupDanTerjamin
#MalaysiaMADANI

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 @ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇-𝐁𝐔𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 & 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍

FamaTV Systems

Perasmian Studio Fotografi FAMA Ibu Pejabat

FamaTV Systems

Sembang Petai Episode 2

FamaTV Systems

Leave a Comment