FAMA TV
Uncategorized

Jualan Agro Madani @ Tanjong di Perkarangan Prangin Mall, Georgetown, Pulau Pinang

16 Julai 2023 | Ahad | Jualan Agro Madani @ Tanjong di Perkarangan Prangin Mall, Georgetown, Pulau Pinang.|

Pada hari ini, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melancarkan Jualan Agro Madani @ Tanjong di Perkarangan Prangin Mall, Georgetown, Pulau Pinang.

Istimewa pada penganjuran Jualan Agro Madani pada hari ini adalah jualan barangan pertanian segar terpilih dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus seperti sayursayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, gula, minyak dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga promosi jualan Kombo Madani (gabungan produk segar dan sayuran) pada harga istimewa serta penyertaan jualan dari pengilang dan pemproses produk agromakanan.

Program ini memberi luang pilihan pada para pengguna untuk mendapatkan bekalan terus dari pengeluar agromakanan dengan penjimatan melalui penjimatan yang ditawarkan. Mulai bulan Mei 2023 hingga kini, sebanyak 24 kali program Jualan Agro Madani telah diadakan di Negeri Pulau Pinang dengan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM1.07 juta. Program Jualan Agro Madani@Tanjong melibatkan seramai 35 orang usahawan Agromakanan dari Negeri Pulau Pinang dengan penyediaan 45 lot jualan.

Turut hadir YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan Merangkap Ahli Parlimen Tanjong, YB Tuan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.

Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMAdiHatiRakyat
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#IntervensiFAMA
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Masak-masak Bersama ABO FAMA – Teaser episod 1

FamaTV Systems

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H / 2026M

FamaTV Systems

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐏𝐂 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊

FamaTV Systems

Leave a Comment