FAMA TV
Uncategorized

Jiwa Merdeka Full Version

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
AYAT KERAMAT YANG ACAPKALI DI LAUNGKAN
SABAN TAHUN DI NEGARAKU YANG TERCINTA
MALAYSIA..

NEGARA KITA SUDAH MERDEKA!
NEGARA KITA SUDAH BEBAS DARI TELUNJUK PENJAJAH!
IYA..BUMI BERTUAH INI SUDAH MERDEKA SEKIAN LAMANYA!
NAMUN..
ADAKAH KITA PUNYAI JIWA MERDEKA?
JIWA MERDEKA ITU BEBAS..
JIWA MERDEKA ITU PERJUANGAN..
JIWA MERDEKA ITU IKHLAS..
JIWA MERDEKA ITU JUJUR..
DAN JIWA MERDEKA ITU PENYATUAN..

MERDEKAKAH JIWA KITA?
BILA MANA JIWA SEGELINTIR KITA MASIH LAGI DIBELENGGU PERASAAN TIDAK MENGHORMATI KETUA?
MERDEKAKAH HATI KITA?
YANG KADANGKALA MENGANGKAT SECEBIS KEBURUKKAN SESEORANG DARIPADA MENGHARGAI SEGUNUNG KEBAIKKAN YANG DILAKUKANNYA..
MERDEKAKAH TINGKAH KITA?
JIKA SERINGKALI BERPRASANGKA ANTARA KITA? CULAS PULA DALAM BEKERJA
MERDEKAKAH LISAN KITA?
SEANDAINYA BERBICARA PENUH NISTA..TUTUR YANG BEREMOSI,ERTIKULASI YANG MENINGGI, YATIMNYA SIFAT RENDAH DIRI.

MERDEKAKAH DIRI KITA?
JIKA KITA TERUS SENGKETA SESAMA KITA..

AYUH SEMUA JIWA2 MERDEKA!
SUBURKAN JIWA MERDEKA DALAM NURANI KITA
BERSATULAH BERSAMA KEPIMPINAN KITA
SUSUNLAH LANGKAHAN GEMILANG AGENSI TERCINTA
LAKARKAN JASA SETULUS HATI
PASAKKAN KEIKHLASAN DALAM MEMBANTU
JERNIHKAN KEKERUHAN SEMANGAT SETIAKAWAN MU
TETAPLAH TENANG..
YAKINLAH PADA YANG SATU
KELAK KITA BAHAGIA BERJAYA BERSAMA SELAMANYA

JIWA MERDEKA, ITULAH KITA!

Popular

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri KPKM Ke Negeri Melaka

FamaTV Systems

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ EDISI KL (KOLUMPO)

FamaTV Systems

Sambutan Ulang Tahun Ke-39 Pasar Tani Peringkat Kebangsaan

FamaTV Systems

Leave a Comment