FAMA TV
Uncategorized

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI SEMPENA HARI PUSPANITA FAMA

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI SEMPENA HARI PUSPANITA FAMA
27 Oktober 2023 (Jumaat)
Ibu Pejabat FAMA
Hari Terbuka Puspanita FAMA 2023 telah berlangsung di Ibu Pejabat FAMA yang bertujuan mewujudkan kerjasama erat antara ahli Puspanita FAMA dengan Puspanita di Kementerian/Jabatan/Agensi yang lain.
Perasmian Hari Terbuka Puspanita FAMA 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Wan Razanawani binti Wan Zakaria, Pengerusi Puspanita KPKM.
Turut hadir, YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Salina Nawi, Pengerusi Puspanita FAMA, YBrs. En. Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA & YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.
Pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya Jualan Agro Madani, Sukan Rakyat, Pertandingan Memasak dan banyak lagi.
Program Jualan Agro Madani memberi luang pilihan kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan terus dari pengeluar agromakanan dengan penjimatan kepada pengguna sehingga 30%.
Setiap penganjuran akan turut melibatkan Jualan Kombo Madani serta jualan istimewa produk segar, pertanian, proses dan agromakanan.
Terima kasih pada warga Puspanita yang memberi sokongan pada Program Jualan Agro Madani.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#famadihatirakyat
#FAMA58Tahun
#intervensibpt
#IngatOrangBelakang
#BeliIkutKeperluan
#PuspanitaFAMA

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment