FAMA TV
Uncategorized

Konvensyen FAMA 2024 (Hari Pertama)

Hari Pertama
Konvensyen FAMA 2024
3 Disember 2023
Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan
Konvensyen FAMA Tahun 2024 ini akan berlangsung bermula pada 3 hingga 6 Disember 2023 (4 hari 3 malam) di Institut Latihan FAMA Port Dickson (ILFPD), Negeri Sembilan. Tema umum Konvensyen FAMA 2024 ialah Integriti, Inklusiviti, Pemacu Kejayaan yang membawa maksud kepada dua elemen penting yang dapat membawa kejayaan dalam sesebuah organisasi.
Pada tahun 2022, program ini diberi nama Bengkel Gerak Kerja Sasaran Kerja Tahunan (SKT) FAMA Tahun 2023 yang melibatkan Pengurusan Tertinggi FAMA di peringkat Ibu Pejabat, Pengarah FAMA Negeri, Timbalan Pengarah FAMA Negeri dan Ketua Unit Perancangan Strategik Negeri di seluruh Malaysia.
Program yang sama ini telah diberi nafas baharu dengan nama Konvensyen FAMA Tahun 2024. Dalam konteks FAMA, konvensyen ini dipilih seiring dengan definisinya persidangan atau perjumpaan pegawai-pegawai untuk membincangkan sesuatu perkara di samping penglibatan bilangan peserta yang lebih ramai iaitu 300 orang dan lebih menyeluruh sehingga ke peringkat FAMA daerah di seluruh Malaysia.
Hari Pertama Konvensyen FAMA 2024 dimulakan dengan aktiviti Program Kerohanian di Dewan Rafflesia dengan pengisian Solat Fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah (Jamak dan Qasar) serta Bacaan Yassin & Tahlil. Aktiviti diteruskan dengan Bicara Santai: “Sakitnya Tuh Di sini” yang disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa SPRM Negeri Sembilan, Encik Mohd Khairi bin Abdul Karim.
#famadihatirakyat
#CukupDanTerjamin
#intervensibpt
#IngatOrangBelakang
#BeliIkutKeperluan

Popular

FAMA FEST 2024 @ KELANTAN – OFFICIAL VIDEO PROMOSI

FamaTV Systems

Bicarawara – Inspirasi 38 Tahun : Kisah Pemasaran Kacang Tanah hingga Kepimpinan Tertinggi FAMA

FamaTV Systems

Day 2 Road To MAHA 2024 Edisi Sabah (Pasar Tamu Telupid)

FamaTV Systems

Leave a Comment