FAMA TV
Uncategorized

Konvensyen FAMA 2024 (Hari Kedua)

PORT DICKSON, 4 Disember 2023 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menganjurkan Konvensyen FAMA Tahun 2024 yang dirasmikan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Seramai 300 hadirin yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Kanan di peringkat Ibu Pejabat, Pengarah FAMA Negeri, Timbalan Pengarah FAMA Negeri serta Pegawai FAMA Daerah dan kakitangan dari seluruh negara yang berhimpun selama tiga hari mulai 3 sehingga 6 Disember 2023 di Institut Latihan FAMA, Port Dickson.

Konvensyen pada kali ini diadakan bagi memastikan perancangan FAMA untuk tahun 2024 dapat dilaksanakan secara terancang dan berkesan melalui penglibatan pegawai sehingga ke peringkat daerah. Selain itu, peserta di beri ruang untuk sesi libat urus dalam berkongsi maklumat bagi merencana pelaksanaan program sepanjang tahun hadapan. Para peserta turut diberi kefahaman untuk mendokong matlamat organisasi dengan slogan ”Integriti, Inklusiviti, Pemacu Kejayaan” agar menjadi asas tadbir urus untuk membawa kejayaan yang lebih besar dalam sesebuah organisasi.

YB Datuk Chan Foong Hin berkata, ”Konvensyen ini dilihat sebagai sokongan dan usaha agensi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan dasar-dasar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mencapai hala tuju dasar pertanian dan sekuriti makanan.”

Kelainan konvensyen pada edisi kali ini adalah dari segi konsep penyampaian yang ditonjolkan pada konvensyen kali ini iaitu sesi perbincangan antara peserta dengan pihak atasan FAMA dibuat secara table talk. Konsep ini dipilih untuk memastikan keberkesanan penyampaian serta perbincangan isu-isu di semua peringkat dapat dibuat secara bicara santai agar mesej yang disampaikan mudah difahami untuk diaplikasikan di FAMA seluruh Malaysia.

YB Datuk Chan Foong Hin turut melancarkan Buku Kerangka Kasturi CDA-ERT FAMA yang merupakan panduan untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas FAMA dalam menghadapi bencana luar jangka.

Melalui kerjasama strategik FAMA bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penyertaan dalam CDA-ERT (Civil Defence Auxiliary – Emergency Response Team) telah menunjukkan usaha yang serius dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan. Keterlibatan dalam Pasukan Bantuan Kecemasan ini adalah memastikan kelancaran tindak balas terhadap bencana, khususnya dalam mengekalkan kestabilan bekalan makanan (food security) dan rantaian bekalan makanan (supply chain) sepanjang fasa sebelum, semasa, dan selepas bencana.

YB Datuk Chan Foong Hin juga turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), kolaborasi strategik dan kerjasama dalam Pemasaran Keluaran Pertanian dan Industri Makanan dijalinkan melalui program pemasaran keluaran pertanian dan industri makanan negara.

Turut hadir Datuk Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Haji Azam bin Sulaiman, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA dan Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA,

Popular

FAMA FEST 2024 @ KELANTAN – OFFICIAL VIDEO PROMOSI

FamaTV Systems

Bicarawara – Inspirasi 38 Tahun : Kisah Pemasaran Kacang Tanah hingga Kepimpinan Tertinggi FAMA

FamaTV Systems

Day 2 Road To MAHA 2024 Edisi Sabah (Pasar Tamu Telupid)

FamaTV Systems

Leave a Comment