FAMA TV
Uncategorized

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024

16 Januari 2024
Wisma Tani, Putrajaya

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu hadir dan merasmikan majlis dengan tema “Inovasi Nasional: Keterjaminan Agromakanan Rakyat”.

Beliau telah menyampaikan amanat beliau dengan membawa Hala Tuju: Pelaksanaan Dan Pembudayaan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR). Melalui konsep PINTAR, pelaksanaan dan pembudayaan inovasi dan re-engineering dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan akan diberikan penekanan yang komprehensif.

PINTAR bukanlah satu konsep yang baharu tetapi ia amat kritikal untuk dilaksanakan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa khasnya dalam menghadapi situasi geopolitik dan ekonomi dunia serta cabaran perubahan iklim yang kian membelenggu.

Turut hadir di majlis ini Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Pengerusi FAMA, YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Puan Rosilawati Bin Abu Hassan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.

โ€œ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ & ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ : ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—กโ€

Popular

Karnival Jualan Agro Madani di PTKM Palong 4,5,6, Jempol, Negeri Sembilan

FamaTV Systems

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM Ke FAMA

FamaTV Systems

Jualan Agro Madani Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gombak

FamaTV Systems

Leave a Comment