FAMA TV
Uncategorized

Sambutan Ulang Tahun Ke-39 Pasar Tani Peringkat Kebangsaan

PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN PASAR TANI YANG KE 39 PERINGKAT KEBANGSAAN
30 Januari 2024 (Selasa)
Pasar Tani Putrajaya
Pasar tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA Tampoi, Johor Bahru pada 31 Januari 1985 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ketika itu Menteri Pertanian.
Pada masa ini pasar tani telah berkembang pesat seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Ianya kekal relevan sebagai pasar pilihan kepada pengguna dan menjadi oulet pemasaran yang berjaya serta turut menyumbang kepada kemajuan pembangunan ekonomi negara. Penubuhan pasar tani telah melahirkan ramai petani yang bersikap responsif serta mempercepatkan proses pembangunan sosio ekonomi masyarakat tani selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.
Bagi meraikan sambutan 39 tahun penubuhannya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada hari ini telah menyambut ulang tahun Pasar Tani peringkat kebangsaan di Pasar Tani Putrajaya.
Pelancaran sambutan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Beliau juga menyampaikan Anugerah Amat Setia Usahawan Pasar Tani kepada usahawan yang telah setia berniaga di Pasar Tani selamat 39 tahun.
Anugerah Amat Setia Pasar Tani :
1. En. Hj Sapawi Bin Ahmad Johari – (Johor)
2. Pn. Hjh Ronirah Bt Kosni – (Johor)
3. En. Samiran Bin Salehin – (Selangor)
4. En. Jamaludin Bin Mahadi – (Selangor)
Terdapat juga Jualan Agro MADANI, agihan pulut kuning, agihan cenderamata, pembelian secara tanpa tunai Kombo Jualan Agro MADANI pada harga RM3.90 setiap kombo bagi meraikan para pengunjung Pasar Tani yang hadir di Pasar Tani Putrajaya.
Turut hadir YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Encik Abdul Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Encik Isa Bin Hamzah, Pengarah Kanan Pembangunan Institusi Pemasaran FAMA, Puan Aiada Binti Abdul Rashid Rashid, Pengarah FAMA Selangor.

Popular

FAMA FEST 2024 @ KELANTAN – OFFICIAL VIDEO PROMOSI

FamaTV Systems

Bicarawara – Inspirasi 38 Tahun : Kisah Pemasaran Kacang Tanah hingga Kepimpinan Tertinggi FAMA

FamaTV Systems

Day 2 Road To MAHA 2024 Edisi Sabah (Pasar Tamu Telupid)

FamaTV Systems

Leave a Comment