FAMA TV
Berita

PROGRAM SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA 2024

5 September 2024 (Khamis) I 8.00 Pagi
Perkarangan Parkir Tingkat 1, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan Whole of Nation.
Objektif utama BMSS adalah untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan mengukuhkan solidariti promosi kesihatan melalui kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti.
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) adalah pakej SIHAT SEPANJANG HAYAT bagi MANFAAT rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.
FAMA turut serta menyokong ANMS ini dengan melaksanakan pelbagai aktiviti pada hari ini seperti senamrobik perdana yang dihadiri seramai 300 kakitangan Ibu Pejabat. Turut diadakan simbolik Kempen Kitar Semula dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang, Demonstrasi Masakan Menu Makanan Sihat, Permainan Sukan Rakyat, Kempen Turun Naik Tangga dan banyak lagi.
Pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. Hadir sama, YBrs. Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA & YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA.
โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#100TahunMAHA2024
#MAHA2024
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#bulanmalaysiasihatsejahtera2024
#wellnessmonth2024

Popular

MAHA 2024 DAY 1mp4

FamaTV Systems

Road To MAHA Diving Pulau Besar Mersing Johor

FamaTV Systems

Kunjungan Hormat Ke Kedutaan Republik Islam Iran Kuala Lumpur

FamaTV Systems

Leave a Comment