FAMA TV
Uncategorized

PERASMIAN KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI MEGA NEGERI PAHANG 2024

PERASMIAN KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI MEGA NEGERI PAHANG 2024
26 Oktober 2024 (Sabtu)
Dataran Bentong, Pahang
Karnival Jualan Agro MADANI Mega Negeri Pahang 2024 yang diadakan selama tiga hari berakhir esok telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Amizar bin Abu Adam, Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang.
KPKM melalui FAMA dan jabatan serta agensinya terus komited merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu kos sara hidup rakyat. Usaha ini selaras dengan peranan FAMA selaku penggerak utama dalam memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat.
Pada hari ini, terdapat jualan harga istimewa bagi komoditi beras putih tempatan, telur ayam, ayam proses, Kombo MADANI, daging lembu tempatan, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YB Puan Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong Merangkap Ahli Lembaga Pengarah FAMA dan YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Popular

Lawatan Kunjung Hormat Pengerusi FAMA Ke Kedutaan Besar Afghanistan

FamaTV Systems

Lawatan Delegasi Uzbekistan Ke FAMA HD

FamaTV Systems

Program Jualan Agro Madani @ Perkarangan Ibu Pejabat FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment