FAMA TV
Uncategorized

Jualan Agro Madani Edisi Perlis Day 2025

23 Mei 2025 | Jualan Agro Madani Edisi Perlis Day 2025 telah berlangsung hari ini di Perkarangan Ibu Pejabat FAMA Selayang yang disempurnakan oleh YBrs Tn Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.

Penganjuran jualan ini dapat membantu usahawan negeri Perlis memperkenalkan dan memasarkan produk keluaran mereka ke luar di samping membantu mengurangkan kos sara hidup kepada pengguna.

Jualan ini melibatkan penyertaan 13 orang usahawan yang dibawa dari Perlis melibatkan jualan Mangga Harumanis Perlis, Produk Berasaskan Harumanis dan beberapa makanan popular negeri Perlis seperti Laksa, Pulut Harumanis dan Nasi Ulam Perlis.

Penawaran penjimatan harga 10%-30% menjadi faktor sambutan yang menggalakkan daripada pengguna dan penduduk setempat serta memberi manfaat kepada hampir 6,000 isi rumah.

Selain produk keluaran negeri Perlis, turut ditawarkan jualan Set Kombo Madani dan barangan keperluan harian seperti daging, ayam dan sayur-sayuran.

Turut bersama dalam program ini YBrs En Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs Pn Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan Galakan Pasaran & Kepenggunaan dan YBrs En Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.

“𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 : 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#FAMANegeriPerlis
#JomPakatPiPerlis

Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Abdul Rashid Bahri
Anzara Azizan
FAMA Malaysia
PASAR TANI FAMA Perlis – Offical page
Agrobazaar Online Perlis
Kelab Sukan & Kebajikan FAMA Perlis-KSKFPs

Popular

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 (𝐉𝐓𝐅𝐈) 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌A

FamaTV Systems

Program Semarak Tani @ Jualan Agro Madani Di SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru Melaka

FamaTV Systems

Leave a Comment