FAMA TV
Berita

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐊𝐏𝐊𝐌 πƒπ”ππˆπ€ π€π†π‘πŽ+π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘‘π‘’π‘˜ πΏπ‘œπ‘˜π‘Žπ‘™ π΅π‘’π‘Ÿπ‘˜π‘’π‘Žπ‘™π‘–π‘‘π‘–, 𝐾𝑖𝑛𝑖 πΏπ‘’π‘π‘–β„Ž π‘€π‘’π‘‘π‘Žβ„Ž π·π‘–π‘‘π‘’π‘šπ‘’i

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menghadiri Majlis Peluncuran Program KPKM Dunia Agro+, satu inisiatif strategik yang memberi fokus kepada pemerkasaan usahawan agromakanan melalui pendigitalan perniagaan, peluasan capaian pasaran serta peningkatan daya saing produk tempatan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh ekosistem agromakanan negara melalui pendekatan digital dan inovatif. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama platform e-dagang, melibatkan latihan intensif serta pendedahan kepada teknik pemasaran moden termasuk jualan secara siaran langsung (livestreaming), dengan sasaran penyertaan 200 usahawan dan jangkaan nilai jualan mencecah RM3 juta.
Sebagai agensi pelaksana, FAMA komited memastikan usahawan bimbingan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini selaras dengan peranan FAMA sebagai pemudah cara pemasaran dan penstabil pasaran sektor agromakanan negara.
Seiring dengan usaha memperkasa sektor agromakanan negara, orang ramai turut dijemput menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS, Serdang. Bertemakan β€œPenciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”, penganjuran ini bakal menampilkan inovasi, teknologi serta peluang industri yang mampu merancakkan pembangunan sektor agromakanan negara.
Turut hadir sama Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), KPKM; Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPKM, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA serta Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Pasaran Produk Proses FAMA.

Popular

Sesi Libat Urus YBTM KPKM Bersama Pemain Industri Durian

FamaTV Systems

Majlis Perasmian Karnival Jualan Agro Madani Negeri Perlis

FamaTV Systems

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN PASAR TANI KE-40 PERINGKAT KEBANGSAAN & PERASMIAN PASAR TANI PUTRAJAYA

FamaTV Systems

Leave a Comment