FAMA TV
Uncategorized

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Johor 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

🗓ïļ 20 April 2026 (Isnin)
⏱ïļ 8.00 Pagi
📍 Ibu Pejabat FAMA, Selayang

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Johor 2026 telah berjaya dilaksanakan sebagai kesinambungan inisiatif memperkasa akses rakyat kepada produk agromakanan berkualiti pada harga berpatutan.

Program anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui FAMA, LPP dan LKIM ini bertujuan memastikan bekalan makanan segar sentiasa mencukupi serta membantu meringankan kos sara hidup melalui konsep jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna.

Bermula seawal jam 7.30 pagi, program ini menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung yang mengambil peluang mendapatkan keperluan harian dengan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA. Turut hadir YBrs. Encik Mohd Faizul bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi), YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan), YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Galakan Pasaran & Kepenggunaan dan YBrs. Encik Faidz Afizi bin Mohamed, Pengarah FAMA Negeri Johor.

Pelbagai produk segar dan produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) ditawarkan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan daging, di samping tarikan utama seperti Jualan Kombo MADANI, demonstrasi masakan serta Jualan Istimewa Edisi Johor yang menampilkan durian, pisang dan nanas.

Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 & 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈: 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMadani
#KPKMMalaysia
#famadihatirakyat
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

Popular

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H / 2026M

FamaTV Systems

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐏𝐂 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊

FamaTV Systems

Lawatan YB Menteri Kewangan II ke Pasar Tani Kelana Jaya

FamaTV Systems

Leave a Comment