FAMA TV
Uncategorized

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H / 2026M

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒβœ¨πŸŒ™

πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu)
πŸ“ Masjid Putra, Putrajaya

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menghadiri Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H / 2026M yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan, keinsafan dan penghayatan semangat hijrah.

Sambutan pada tahun ini mengangkat tema β€œπŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπ’π‘πšπ²πšπ­π’, π”π¦π¦πšπ‘ πƒπ’π›πžπ«π€πšπ­π’β€, bertepatan dengan semangat hijrah Rasulullah SAW yang bukan sekadar peristiwa perpindahan, malah menjadi titik permulaan kepada pembinaan sebuah tamadun Islam yang unggul melalui penubuhan Negara Madinah.

Majlis ini telah diserikan dengan keberangkatan hadir Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang berkenan menyempurnakan sambutan tersebut. Turut hadir YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri serta para pemimpin dan kenamaan negara.

FAMA diwakili oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA , YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA bersama pegawai-pegawai FAMA.

Majlis turut menyaksikan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sebagai penghargaan kepada individu yang telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan ummah, penyebaran ilmu serta perkembangan syiar Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga sambutan Maal Hijrah kali ini menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperkukuh nilai integriti, perpaduan, keinsafan dan semangat perubahan ke arah kehidupan yang lebih cemerlang serta diberkati.

π’πšπ₯𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐚π₯ π‡π’π£π«πšπ‘ πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

β€œπˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ & πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ: ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€πβ€

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMAMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#AgroMADANI
#MaalHijrah1448H
#SalamMaalHijrah
#MADANIDihayatiUmmahDiberkati
#HijrahMembawaBerkat

Popular

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ πŠπ„ πŒπ€ππ‚ 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ

FamaTV Systems

Lawatan YB Menteri Kewangan II ke Pasar Tani Kelana Jaya

FamaTV Systems

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Perlis 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment