FAMA TV
Uncategorized

Kunjungan Hormat Alrajhi Bank Malaysia Ke FAMA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐋𝐑𝐀𝐉𝐇𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐅𝐀𝐌𝐀

14 Julai 2026 (Selasa)
Ibu Pejabat FAMA

FAMA hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Alrajhi Bank Malaysia yang diketuai oleh Encik Azhar Awang Kecil, Chief Retail Banking Officer, ke Ibu Pejabat FAMA.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara FAMA dan Alrajhi Bank Malaysia melalui sesi perkongsian berkaitan produk deposit, perkhidmatan perbankan serta potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi pada masa hadapan.

Delegasi Alrajhi Bank Malaysia telah disambut oleh YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), FAMA bersama pegawai-pegawai kanan FAMA.

Melalui jalinan kerjasama strategik bersama institusi kewangan, FAMA terus komited memperkukuh ekosistem organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta meneroka peluang kerjasama yang menyokong pembangunan sektor agromakanan negara.

Terima kasih kepada Alrajhi Bank Malaysia atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ke FAMA. Semoga hubungan baik ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

Popular

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 (𝐉𝐓𝐅𝐈) 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌A

FamaTV Systems

Program Semarak Tani @ Jualan Agro Madani Di SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru Melaka

FamaTV Systems

Leave a Comment