๐๐๐๐ & ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐
23 Julai 2026 (Khamis)
๐ 1.00 Petang
๐ Dewan Negara, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur
YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyempurnakan Program Pengedaran Cenderahati Buah-buahan Tempatan kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang berlangsung di Dewan Negara, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai usaha berterusan memperkukuh promosi buah-buahan tempatan, di samping menggalakkan pengambilan buah-buahan tempatan sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat.
Selain memperkenalkan kepelbagaian buah-buahan tempatan yang berkualiti tinggi, program ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menyokong hasil keluaran tempatan, sekali gus membantu memperkukuh rantaian pemasaran hasil pertanian serta meningkatkan permintaan terhadap buah-buahan tempatan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam memperkasa pemasaran agromakanan negara, memperluaskan promosi hasil pertanian tempatan serta menyokong agenda keterjaminan makanan demi kesejahteraan rakyat.
Turut hadir ialah YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) (Menanggung Kerja Ketua Pengarah) FAMA.
โ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADiHatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

