ðððððððððð ðððððððððð ðððððððððð ðððððð ððððððððð ððððððð ððððððððð ðððððððððð ðððð
ð ðð ðĻðŽ ðððð
ðððŦððĄðĒðēðēððĄ ððĻðððĨ & ððŪðĒðððŽ, ððĄððĄ ððĨððĶ
Komitmen memperkasa kecemerlangan pengurusan outlet Institusi Pasaran terus diperkukuh menerusi Majlis Amanat Konvensyen Kepimpinan Pengurusan Outlet Institusi Pasaran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) (Menanggung Kerja Ketua Pengarah) FAMA. Beliau menyampaikan amanat kepada para peserta sebagai pemangkin dalam memperkukuh kepimpinan, meningkatkan prestasi organisasi serta memperkasakan peranan outlet Institusi Pasaran di seluruh negara.
Turut berlangsung ialah bacaan ikrar peserta konvensyen sebagai simbol komitmen terhadap penyampaian perkhidmatan yang cemerlang, di samping penyampaian cenderahati kepada warga FAMA yang bakal bersara dan bertukar penempatan sebagai tanda penghargaan atas jasa serta sumbangan mereka kepada organisasi.
Semoga konvensyen ini menjadi platform terbaik dalam memperkukuh jaringan kerjasama, berkongsi amalan terbaik serta melahirkan barisan kepimpinan yang berintegriti dan berdaya saing demi memacu kecemerlangan FAMA.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#famasantuni

