ððððððððð ðððððð ðððððððð ðððð ððððððð ððððððððððð ððððð ðððððð ðð ð ððð
8 September 2026 | Selasa
FAMA Point
YBrs. Encik Bacho Abdul Karim, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA.
Kunjungan hormat ini mencerminkan jalinan hubungan baik antara kedua-dua agensi, di samping menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.
Selaras dengan peranan LHDN sebagai agensi kutipan hasil dan pentadbir cukai langsung kerajaan di bawah Kementerian Kewangan, serta FAMA sebagai agensi pemasaran makanan dan produk pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Pertemuan ini turut membuka ruang kepada perkongsian maklumat, pemahaman bersama dan penerokaan potensi kerjasama berkaitan tadbir urus serta aspek pengurusan organisasi.
Turut hadir sama YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, bersama pegawai-pegawai kanan daripada Pentadbiran, Kewangan serta Dasar dan Perancangan Strategik FAMA, Korporat & Advokasi.
Semoga kunjungan ini terus memperkukuh hubungan antara LHDN dan FAMA, serta memberi manfaat kepada kedua-dua agensi dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#LHDN

