FAMA TV
Berita

Lawatan YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ke Projek Usahawan Ladang Kontrak

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ke Projek Usahawan Ladang Kontrak FAMA Kelantan

YB Dato Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II telah mengadakan lawatan ke Ladang Fertigasi Tanaman di Kampung Teluk Kemunting, Bachok yang diusahakan oleh Encik Mhd Jasni Bin Abdul Rahman usahawan Ladang Kontrak FAMA Kelantan. Tanaman yang diusahakan adalah seperti labu air, cili merah, ketola dan peria.

Selain itu, YB Dato’ juga turut melawat Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi bagi melihat tanaman timun hijau yang juga diusahakan oleh usahawan yang sama.

Selepas itu, YB Dato’ dibawa melawat ke Pasar Tani Borong Runcit Tawang yang menawarkan harga borong jualan runcit

Turut hadir bersama YB Ust Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Bachok, YB Dato’ Haji Hassan Bin Mahamood, ADUN Tawang,Tn Hj Mohd Ariffin Bin Hj Awang, Penasihat Kompleks Pemasaran FAMA dan Puan Wan Nora Binti Wan Ahmad, Pengarah FAMA Negeri Kelantan.

Popular

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

Leave a Comment