FAMA TV
Berita

Khidmat Pemasaran Pisang Batu Kurau

Sebagai langkah proaktif bagi membantu petani yang terjejas, FAMA pada hari ini hadir bagi memberi bantuan khidmat pemasaran untuk pisang-pisang yang tidak dapat dipasarkan. Sebahagian pisang-pisang ini akan diedarkan ke outlet-outlet pemasaran dan usahawan FAMA manakala selebihnya akan dibuat pengaturan pasaran bersama pemborong di Negeri Perak dan negeri-negeri lain yang memerlukan bekalan.

Selaras dengan pelaksanaan PKP 3.0, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah membuka bilik gerakan β€œCrisis Management Centre” (CMC) yang berfungsi sebagai pusat utama penerimaan panggilan, pusat amaran awal (early warning centre, centralized command centre (CCC) dan pelaporan situasi harian bagi mendapatkan maklumat terkini setiap sektor dan industri. Surat kebenaran perjalanan bagi membawa hasil pertanian dan produk makanan juga boleh diperoleh melalui bilik gerakan ini tetapi tertakluk kepada syarat dan SOP yang diberikan MKN. Untuk Negeri Perak, bilik gerakan CMC adalah di RTC Perak di Gopeng dan ianya beroperasi pada setiap hari bermula dari jam 8.00pagi sehingga 7.00malam. Orang ramai terutama petani dan usahawan boleh menghubungi bilik gerakan ini sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan.

Popular

π€π†π‘πŽπ…πˆπ„π’π“π€ πŸπŸŽπŸπŸ’

FamaTV Systems

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

Leave a Comment