FAMA TV
Berita

PERBEKALAN STOK MAKANAN KEPADA VESSEL TUNA

2 NOV 2021 (SELASA) | 10.30 PAGI | PERLABUHAN BATU MAUNG P.PINANG

PERBEKALAN STOK MAKANAN KEPADA VESSEL TUNA.

Program Perbekalan Stok Bekalan Makanan kepada Vessel Tuna (IBU WIRA 1 dan IBU WIRA 2) yang melibatkan perbekalan sayur-sayuran daripada peserta Ladang Kontrak, Usahawan IAT, Bekalan Ayam Super NAFAS serta lain-lain keperluan dengan anggaran RM35,000 bagi setiap perbekalan. Kerjasama ini merupakan yang pertama kali diadakan diantara FAMA melalui anak syarikatnya FAMACorp Bukit Mertajam dengan Konsortium AORB. Aktiviti perbekalan ini akan berterusan dengan melibatkan 12 vessel sepanjang tahun.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA dan Dato’ Ricky Pua Woon Kee, Group CEO, Alpha Ocean Resources Berhad (AORB). Turut hadir, YBrs. Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang.

#famadihatirakyat
#famapulaupinang
#famacorp

Popular

𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐈𝐄𝐒𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒

FamaTV Systems

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

Leave a Comment