FAMA TV
Berita

PERLIS DAY & JUALAN AGRO MADANI

Perkarangan Ibu Pejabat FAMA,
Selayang
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama strategik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menganjurkan Jualan Agro Madani dengan fokus untuk memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan pada harga yang berpatutan dan penawaran penjimatan sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran setempat.
Menarik pada program kali ini, jualan promosi Mangga Harumanis pada harga RM90 untuk setiap tiga kilogram (kg), Mangga Perlis Sunshine dijual pada harga RM10 bagi setiap empat kg, Kombo Madani dan promosi jualan produk terpilih.
Selain itu, istimewa pada hari ini juga terdapat produk berasaskan Mangga Harumanis seperti Pulut Harumanis, Kordial Harumanis dan lain-lain serta jualan makanan popular seperti Laksa Perlis.
Pada hari ini, Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA telah melancarkan Perlis Day @ Jualan Agro Madani di perkarangan Ibu Pejabat FAMA di Selayang.
Turut hadir Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA dan Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA serta pegawai-pegawai Kanan FAMA dan kakitangan FAMA.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment