FAMA TV
Berita

SESI LIBAT URUS YB MENTERI KPKM BERSAMA USAHAWAN HARUM MANIS KODIANG, KEDAH

28 Mei 2023 (Ahad)
10.00 Pagi
Pusat Pengumpulan Ladang, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah
Pada hari ini, FAMA telah mengatur pasaran bagi komoditi Mangga Harum Manis di Kg. Pida 3, Jalan Sanglang,Mukim Keplu, Kodiang, Kedah yang berjumlah 4,200 kilogram (kg) daripada jumlah pengeluaran mangga Harum Manis iaitu 12,000 kg di kawasan penanaman yang seluas 11 hektar iaitu 1,132 anak pokok dengan melibatkan 26 usahawan tani. Ianya juga melibatkan jualan langsung yang bernilai RM105,000 dan jualan tidak langsung RM200,000.
Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengetuai sesi libat urus KPKM bersama usahawan Harum Manis Kodiang bagi mendengar taklimat mengenai penggredan mangga Harum Manis.
Beliau juga turut menyampaikan bantuan yang bernilai RM252,750 yang merangkumi naik taraf Pusat Pengumpulan Ladang (PPL), pembinaan PPL baru, bantuan peralatan peserta Ladang Kontrak, naik taraf Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) dan pelaksanan program Jualan Agro Madani bagi 120 sesi di negeri Kedah pada tahun ini di mana akan memberi manfaat kepada usahawan tani dan rakyat negeri Kedah khususnya.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment