MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PINANG FAMA FEST 2023
9 Julai 2023 (Ahad)
12.00 tghari
Pentas Utama,
Kompleks Bukit Jambul
Program Pinang FAMA Fest Tahun 2023 ini merupakan program yang dianjurkan oleh Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (MAFS) melalui Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi mempromosikan produk-produk keluaran makanan dan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh para usahawan Industri Makanan dan pengusaha pertanian.
Program Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
YB Tuan Chan Foong Hin turut menyampaikan Bantuan Projek, Insentif & Geran FAMA 2023 bernilai RM68,500 kepada enam pengusaha produk makanan. Seramai 17 usahawan bumiputera Pulau Pinang juga menerima surat tawaran ke Malaysia Fest Singapura 2023.
Turut diiringi oleh YBrs. YB Tuan Sim Tze Tzin, Ahli Perlimen Bayan Baru, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA Malaysia, En. Abdul Rahman b. Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah FAMA dan ketua Jabatan & Agensi.
Program ini bertujuan mengetengahkan serta menpromosi produk makanan keluaran usahawan tempatan kepada masyarakat, mendedahkan usahawan kepada suasana pemasaran sebenar serta jaringan pemasaran yang luas dan meningkatkan nilai jualan usahawan serta mengukuhkan imej produk tempatan di pasaran.
Antara komponen yang menjadi tarikan utama dalam program ini adalah pelbagai jualan produk agromakanan, Jualan Agro Madani, Pemadanan Perniagaan di antara para usahawan bersama pemain industri dan Empayar Makanan Popular di Malaysia.
LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE MEDAN AGROBAZAAR PERMATANG PAUH
9 Julai 2023(Ahad)
3.00 Petang
Medan Agrobazaar Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Medan Agrobazaar Permatang Pauh ini telah mula beroperasi secara rasminya pada bulan Mei 2023. Terdapat 4 lot niaga yang telah disediakan melibatkan 4 orang usahawan muda yang menjual buah-buahan tempatan bermusim serta tidak bermusim di kawasan strategik tersebut.
YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan telah sudi mengadakan sesi “walkabout” dan beramah mesra bersama usahawan yang terlibat disamping meninjau pelaksanaan projek serta infrastruktur yang tersedia di Medan Agrobazaar ini.