FAMA TV
Berita

Program Jualan Agro Madani Edisi Merdeka Ibu Pejabat

25 OGOS 2023 (JUMAAT)
8.00 PAGI – 1.00 PETANG
PEKARANGAN IBU PEJABAT FAMA
Seperti kebiasaan penganjuran Jualan Agro Madani akan berlangsung pada setiap hujung bulan minggu terakhir hari Jumaat di perkarangan Ibu Pejabat FAMA.
Namun terdapat kelainan pada bulan Ogos ini di mana bukan sahaja melibatkan penyertaan dari para usahawan namun setiap Bahagian /Cawangan di peringkat Ibu Pejabat FAMA juga mengambil bahagian dalam membuat jualan kepada para pengunjung.
Ianya bertujuan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan di kalangan warga FAMA dan seterusnya memupuk perpaduan serta mengeratkan silatrurrahim. Terdapat pertandingan hiasan gerai jualan dan pakaian bertemakan kemerdekaan serta nilai jualan tertinggi. Setiap 5% nilai jualan yang diperolehi akan disumbangkan ke Tabung Kebajikan FAMA.
Aktiviti bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Selamat juga berlangsung di Dewan DZA.
Seramai hampir 100 orang kakitangan menyertai aktiviti ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Raiza Bin Ab Manaf dari Bahagian Pembangunan Modal Insan.
Program ini disempurnakan oleh YBrs. Encik Abd Rahman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment