Hall 4, Pavilion KPKM
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Selangor International Expo (Food and Beverage) telah dianjurkan sejak 2014 dengan tujuan memberikan peluang kepada usahawan dalam industri makanan dan minuman peringkat tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Program ini dianjurkan bersama oleh Invest Selangor Berhad dan Menteri Besar Selangor Incorporated, serta mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Perasmian Pavilion KPKM Sempena Pameran Perdagangan Selangor International Expo (SIE) 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khalid bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (BDI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hadir sama, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA.
Pameran ini berlangsung secara fizikal selama empat hari dan mencakup pelbagai elemen penting termasuk sesi pemadanan perniagaan dan program seminar. Aktiviti-aktiviti ini direka untuk membantu pempamer menerokai peluang perniagaan dan pelaburan serta berkongsi pengalaman dalam industri yang berkembang pesat ini.
FAMA berperanan sebagai agensi pelaksana dan bertanggungjawab menyelaraskan penyertaan 21 usahawan di bawah pavilion Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Pihak penganjur juga menjemput pembeli perdagangan dari luar negara, seperti dari Singapura, Brunei, China, dan India, untuk menerokai peluang perniagaan di Malaysia, menjadikan ekspo ini sebagai platform penting untuk pengembangan perniagaan di peringkat antarabangsa.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ