Majlis Perasmian FAMA Fest Negeri Sembilan 2025 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan.
Turut hadir memeriahkan majlis YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Suraya Binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, YBrs. Encik Firdous bin Abu Bakar, Pengarah FAMA Negeri Sembilan, bersama pegawai kanan FAMA, kakitangan Ibu Pejabat serta warga kerja FAMA Negeri Sembilan.
Penganjuran kali kedua FAMA Fest di Negeri Sembilan ini menjadi platform penting bagi Mempromosikan produk asas tani tempatan, Memperluaskan akses pasaran untuk usahawan dan Menarik minat generasi muda dalam bidang pemasaran pertanian.
FAMA Fest 2025 @ Negeri Sembilan menampilkan lima segmen utama Jualan Khas Agro Madani & Florikultur, Jualan Industri Makanan Asas Tani (IMAT), Kaunter Khidmat Pelanggan & Agrobazaar Online, Kluster Makanan Viral & Food Truck dan Pelbagai aktiviti interaktif untuk pengunjung.
Dengan penganjuran ini, FAMA terus komited memperkukuh ekosistem pemasaran hasil tani, meningkatkan pendapatan usahawan agromakanan serta menyediakan akses pasaran yang lebih luas, moden dan berdaya saing.