๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ Pekarangan Ibu Pejabat FAMA, Selayang
๐๏ธ 30 Oktober 2025 (Khamis)
Program Jualan Agro Madani (JAM) Edisi Kedah 2025 telah berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat FAMA, Selayang. Program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Penganjuran kali ini menghimpunkan usahawan-usahawan FAMA dari Kedah dan Ibu Pejabat yang menawarkan pelbagai produk segar, hasil tani, produk industri asas tani serta makanan tempatan seperti laksa Kedah, bihun sup daging, nasi daging, kuih semelit dan pelbagai pilihan lain.
Antara tarikan utama program ialah jualan Kombo Madani pada harga RM10, ayam segar RM10 seekor, daging tempatan RM25 sekilogram dan aktiviti menarik seperti ujirasa madu Agromas serta demonstrasi penyediaan kuih tradisional Kedah.
Program ini terus menjadi platform penting FAMA dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan, di samping memperluas pasaran produk pertanian tempatan. Melalui konsep jualan terus dari ladang, pengguna menikmati penjimatan sehingga 30% berbanding harga pasaran biasa.
FAMA kekal komited menjayakan agenda Agro Madani demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian sektor pertanian negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) dan YBrs. Puan Suraya Binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan).
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture
#JAMKedah

