FAMA TV
Berita

Majlis Ibadah QurbanAqiqah FAMA20

Majlis Ibadah Korban & Aqiqah FAMA 1441H di Ibupejabat FAMA.
Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam FAMA Semenanjung (PERKIF) bersama-sama PUSPANITA FAMA, Kelab Sukan dan Kebajikan FAMA (KSKF) & Bahagian Pentadbiran FAMA sempena perayaan Aidiladha.
Empat ekor lembu korban disertai oleh 23 peserta yang terdiri dari kakitangan FAMA.
Hampir 100 orang kakitangan ibu pejabat terlibat bergotong-royong melapah, memotong daging untuk edaran korban dan memasak untuk edaran makan tengahari kepada seluruh warga FAMA ibu pejabat dan Pusat Tahfiz Hidayatul Mustaqim.
Majlis ini turut menarik kehadiran Pengerusi FAMA, YB Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh untuk bersama-sama mengerjakan ibadah korban bersama kakitangan FAMA.
Turut hadir Ketua Pengarah FAMA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli dan isteri merangkap Pengerusi PUSPANITA FAMA, YBhg. Datin Sabariah binti Othman serta Timbalan-timbalan Ketua Pengarah FAMA serta para isteri.

Popular

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU KPKM 2025

FamaTV Systems

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ FAMA POINT

FamaTV Systems

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπˆπ“ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑

FamaTV Systems

Leave a Comment