FAMA TV
Berita

Kempen Makan Buah Buahan Tempatan Di Sekolah Menengah Sains Tuaran Sabah

Kempen Makan Buah Buahan Tempatan Di Sekolah Menengah Sains Tuaran Sabah diadakan di pada 19 Feb 2021 jam 10pagi bersama 100 org pelajar yg bakal menjalani SPM pada 22 Februari 2021 minggu depan. Selain Kempen Makan Buah Tempatan Di sekolah,pihak FAMA juga menyampaikan fruitbox tersebut bersama produk Agromas kepada petugas barisan hadapan iatu penunggang ‘grab food’ yg terkesan akibat pandemik ini.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Sabah menganjurkan kempen makan buah-buahan tempatan bagi meningkatkan sistem imuniti badan bagi melawan penyakit dan mengelakkan jangkitan pelajar.
Pengarah FAMA Sabah Tuan Hj Ribin bin Hj Wahid berkata menerusi kempen itu, orang ramai dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya dua sajian buah-buahan tempatan setiap hari.
Amalan pemakanan sihat amat penting untuk meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit termasuk COVID-19 dan berharap dapat membantu semua kekal sihat.
Kempen ini juga bertujuan meningkatkan permintaan sekali gus membantu Para petani Dan pengusaha menambah pengeluaran buah-buahan tempatan di pasaran.
Borang kaji selidik tentang pengambilan buah buahan dikalanagn pelajar juga telah diedarkan kepada Para pelajar sebanyak 50set.

Popular

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗠𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

FamaTV Systems

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 (𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

FamaTV Systems

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA KE PEJABAT FAMA NEGERI PULAU PINANG

FamaTV Systems

Leave a Comment