FAMA TV
Berita

Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1 MAFI ke Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut, Terengganu

Agrobazaar adalah sebuah outlet peruncitan yang diuruskan oleh FAMA Corporation Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat FAMA berperanan sebagai outlet pemasaran ‘one stop centre’ dan promosi produk industri makanan serta lain- lain hasil pertanian.

Terdapat 8 buah Agrobazaar di seluruh Malaysia. Di Negeri Terengganu terdapat 3 Agrobazaar iaitu Agrobazaar Cendering, Agrobazaar Permint Jaya dan Agrobazaar Nyiur 7.

Krew FAMATV bersiaran di Negeri Terengganu kali ini bagi mengikuti Program Lawatan Kerja YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I ke Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut.

Turut hadir ke program hari ini adalah:-

i. YB Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd.Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Terengganu

ii. YBhg Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

iii. YB Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhamad Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); dan

iv. YBrs. En Faidz Afizi Bin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn. Bhd.

Agrobazaar Nyiur Tujuh ini mula beroperasi pada 1 Feb 2021 di mana nilai jualannya sehingga akhir bulan Feb 2021 telah mencecah RM125,705.69

Antara aktiviti jualan adalah:-

i. Jualan secara atas talian (online)
ii. Lokasi (pick up point)
iii. ‘One stop centre’ pelbagai produk
iv. Produk segar terus dari ladang
v. Pusat promosi dan jualan produk Agromas FAMA dan produk industri makanan Negeri Terengganu
vi. Pusat agro pelacongan produk tempatan
vii. Segmentasi pasaran baru kepada usahawan Industri makanan/ produk segar setempat
sebagai pembekal produk

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

JUALAN AGRO MADANI AGROBAZAAR KG KUALA SLIM BANTU WARGA KUALA SLIM BERJIMAT

FamaTV Systems

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

Leave a Comment