FAMA TV
Berita

Lawatan kerja YB Menteri Pertanian & Industri Makanan Ke RTC Perak

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee seterusnya melakukan lawatan kerja yang kedua ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak bagi meninjau fasiliti yang tersedia.
Tujuan lawatan diadakan adalah bagi melihat sendiri insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah disalurkan bagi menjamin sekuriti makanan negara dan dapat merancakkan semula sektor agromakanan negara daripada keadaan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Bagi meningkatkan aktiviti ekonomi sektor agromakanan negara melalui PENJANA, FAMA telah menyediakan Pelan Perancangan Pembangunan RTC Perak bagi tahun 2021-2025 bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sini selain dapat memberi kesan positif kepada peserta dan usahawan yang terlibat.
Antara yang mendapat perhatian adalah pembangunan Medan Food Truck, Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Pusat Jualan Florikultur di R&R RTC dan banyak lagi perancangan yang impaknya adalah supaya memberi keselesaan dan dapat menarik lebih ramai usahawan serta pengunjung ke RTC Perak supaya kelangsungan rantaian bekalan dan jaminan sekuriti makanan negara dapat dicapai.
RTC Perak diwujudkan bagi meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat di mana pelbagai aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi telah dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Pada tahun 2020, nilai jualan RTC Perak adalah RM 91.07 juta dengan melibatkan 92 orang peserta.
Turut hadir YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA dan YBhg. Dato’ Dr. Norlizan Bin Mohd Noor.

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

JUALAN AGRO MADANI AGROBAZAAR KG KUALA SLIM BANTU WARGA KUALA SLIM BERJIMAT

FamaTV Systems

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

Leave a Comment