FAMA TV
Berita

Program Jelajah Agropreneur Muda Negeri Sembilan Tahun 2021

YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I hari ini telah mengadakan lawatan kerja bersempena dengan Program Jelajah Agropreneur Muda (JAM) ke beberapa lokasi di Negeri Sembilan.

Program JAM ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi peluang dan dorongan kepada golongan usahawan muda mengetengahkan produk mereka sehingga ke peringkat antarabangsa, di mana dengan adanya peluang sebegini akan menggalakkan lagi lebih ramai anak muda untuk memohon dan menyertai Program Agropreneur Muda yang dikendalikan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Program JAM Negeri Sembilan tahun 2021 dimulakan dengan lawatan kerja ke Projek Kolam Udang Galah yang diusahakan oleh usahawan bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia, En. Amirul Izzat Bin Muhammad Kamal di Kg. Seri Pilah, Seri Menanti, Kuala Pilah.
Lawatan kerja kedua pula adalah Projek Fertigasi Timun di Kg. Terusan, Juasseh, Kuala Pilah yang diusahakan oleh usahawan bimbingan FAMA, Pn. Kholiah Binti Zainal. Semasa di lokasi ini, berlakunya majlis menandatangani Perjanjian Jual-Beli (Forward Agreement) di antara FAMA dan usahawan, penyerahan mock cheque Geran Agropreneur Muda (GAM) kepada usahawan dan penyampaian MAFI Prihatin kepada 10 orang yang berkelayakan.

Seterusnya, lokasi ketiga adalah lawatan siasatan cadangan menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran di Kg. Lonek, Batu Kikir, Jempol. YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I diberi taklimat ringkas mengenai cadangan menaiktaraf projek tersebut oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Majlis Perasmian JAM Negeri Sembilan 2021 disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I di lokasi keempat, Teratak Za’aba, Batu Kikir, Jempol. Antara pengisian majlis perasmian ini adalah penyampai sijil kepada wakil peserta Kursus Rancangan Perniagaan anjuran Agrobank, penyampaian mock cheque GAM kepada 9 orang wakil usahawan daripada 61 orang penerima geran di bawah bimbingan pelbagai Jabatan/ Agensi MAFI dengan jumlah keseluruhan geran sebanyak RM1.16 juta. Di samping itu juga, YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I turut menyampaikan bantuan MAFI Prihatin kepada 15 orang yang layak.

Lawatan kerja kelima adalah lawatan ke Projek Tanaman Cili dan Terung yang diusahakan oleh En. Mohd Azri Bin Mohd Yusof, usahawan bimbingan Jabatan Pertanian di Pusat Pertanian Serting, Jempol.
Lokasi terakhir JAM Negeri Sembilan tahun 2021 adalah lawatan kerja ke Projek Roti Canai Frozen di Felda Gugusan Raja Alias, Jempol, merupakan usahawan bimbingan FAMA yang diusahakan oleh En. Khairul Najib Bin Asarulah Khan. Beliau memasarkan produk-produk melalui jualan online dan offline (outlet peruncitan).
Turut hadir lawatan kerja JAM Negeri Sembilan 2021 ini adalah YB Dato’ Haji Bakri Bin Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mohd Salim Bin Sharif, Ahli Parlimen Jempol, YB Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhammad, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, YB Dato’ Haji Ismail Bin Lasim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, YB Tuan Haji Mustapha Bin Nagoor, ADUN Palong dan ketua-ketua Jabatan/ Agensi kerajaan.

Popular

FAMA FEST KUALA LUMPUR @MyTOWN DAY 2

FamaTV Systems

FAMA FEST KUALA LUMPUR 2024

FamaTV Systems

KEJOHANAN BOWLING PIALA TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment