FAMA TV
Berita

Majlis Pelancaran Program Semarak Ramadhan 2021 & Majlis Mengetik Kad Perakam Waktu Terakhir PK(PMI)

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1442H / 2021M | Majlis dimulakan dengan berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW dan diikuti dengan bacaan surah Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Raiza Bin Abd Manaf, Setiausaha PERKIF FAMA
Seterusnya, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA telah menyempurnakan perasmian majlis ini dan bersama-sama dengan kakitangan yang dihadiri 80 orang untuk sesi tadarus Al-Quran.
Program Semarak Ramadhan FAMA ini akan diteruskan ke peringkat negeri dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Dalam majlis yang sama juga, seramai 450 kakitangan FAMA yang kurang bernasib baik dan layak menerima sumbangan Kit Makanan yang bernilai RM150 | Sumbangan ini telah ditaja oleh organisasi Foodbank Malaysia dan disampaikan oleh Encik Zuwairi Japri Al-Manjie, Ketua Pegawai Eksekutif, Legasi Z Sufi Marketing. Program ini juga merupakan kesinambungan aktiviti MAFI Prihatin yang bertujuan membela dan mengurangkan beban kepada golongan yang kurang bernasib baik dan fokus kali ini adalah kepada kakitangan FAMA sendiri yang kurang bernasib baik.

Seramai kakitangan yang hadir bagi memberi tanda penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Tuan Haji Rosli Bin Aw Da, Pengarah Kanan PMI yang pada hari ini merupakan hari penghujung kerjayanya setelah berkhidmat dan berjasa kepada FAMA 39 tahun. YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA turut menyampaikan cenderahati kepada beliau sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas bakti yang dicurahkan.
Semoga Tuan Haji Rosli Bin Aw Da akan terus berjaya dalam menempuhi alam persaraan dan sukses dalam apa jua yang dikerjakan.

Popular

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU KPKM 2025

FamaTV Systems

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ FAMA POINT

FamaTV Systems

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπˆπ“ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑

FamaTV Systems

Leave a Comment