FAMA TV
Berita

Majlis Khatam Al-Quran Perdana

5 Mei 2021

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan ucapan daripada YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA , dan seterusnya majlis ini dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Raiza Bin Ab Manaf dari Bahagian Pembangunan Modal Insan.
Kakitangan yang mengambil tempat dalam majlis ini telah ditentukan pembahagian surah untuk memulakan bacaan tadarus beberapa hari sebelum majlis ini.
Warga FAMA perlu lebih proaktif dan memfokuskan konsep Keseimbangan Dalaman & Luaran yang acapkali ditekankan oleh YBhg Ketua Pengarah FAMA dalam melaksanakan amanah agar matlamat dan objektif bagi membantu golongan sasar tercapai.
Penganjuran majlis seperti ini dilihat dapat mengeratkan ukhuwah antara kakitangan di samping memupuk semangat kekitaan yang tinggi bagi menjaga kelestarian dalam tempat kerja.
Turut hadir bersama adalah YBrs. En Mohd Anis bin Mohd Yassin, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Khidmat Pengurusan), Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Khidmat Pengurusan), YBrs. Tuan Haji Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Operasi), pegawai-pegawai kanan FAMA.

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

JUALAN AGRO MADANI AGROBAZAAR KG KUALA SLIM BANTU WARGA KUALA SLIM BERJIMAT

FamaTV Systems

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

Leave a Comment