FAMA TV
Berita

Majlis Penyampaian Hadiah Virutal MMCM2 dan Lawatan Kerja Timbalan Menteri II MAFI ke FAMA

Selayang, 3 November 2021 – Virtual MAFI Masak Challenge (MMC) adalah program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui agensi pelaksananya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Tujuan program ini dianjurkan bagi mencungkil bakat baru dalam memperagakan seni penyediaan makanan secara maya yang menjadi trend masyarakat pada hari ini. Ia juga salah satu inisiatif FAMA untuk terus memainkan peranan dalam menjalankan kempen dan promosi galakan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman tempatan supaya rakyat Malaysia terus mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi bagi meningkatkan ketahanan imunisasi badan dalam melawan musim virus ketika ini.

Ini adalah selaras dengan lima teras dasar yang telah digariskan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang menekankan pembangunan bakat yang memenuhi permintaan industri di mana menerusi program seperti ini ramai belia yang berpotensi dapat menginovasi dan menceburi sektor pertanian.

Selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakanan sihat melalui Kempen Suku-Suku Separuh, di mana bahagian ‘Separuh’ merujuk kepada sayur dan buah. Ini menunjukkan bahagian yang paling penting di dalam diet pemakanan kita merupakan sayur dan buah.

FAMA pada bulan Julai lalu telah melancarkan Musim Kedua Pertandingan MMC iaitu sebuah pertandingan yang dijalankan secara atas talian (online) dengan tujuan mencungkil bakat baru dalam mempelbagaikan hasil seni kulinari secara online yang menjadi trend masyarakat hari ini.

Pertandingan MMC Musim ke-2 ini telah mendapat sebanyak 85 penyertaan di mana 47 bagi kategori pelajar IPTA/ IPTS dan 38 lagi adalah bagi kategori berpasangan iaitu seorang kanak-kanak dan seorang dewasa. Peserta dikehendaki membuat video masakan yang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman serta produk-produk IKS usahawan FAMA. Semua video yang diterima telah dijurikan oleh juri professional yang dilantik iaitu Chef Jo dan juga Chef Zam Akmal.oleh juri profesional yang telah dilantik iaitu Chef Jo dan Chef Zam Akmal.

Hari ini, FAMA telah mengadakan majlis penyampaian hadiah secara virtual dan diadakan di Ibu Pejabat FAMA kepada pemenang bagi Pertandingan Virtual MAFI Masak Challenge 2020.

Bagi kategori pelajar IPTA/IPTS, En. Muhammad Zulhilmi Zainuddin dari Johor telah merangkul tempat pertama dan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM4,000, plaq, sijil dan hamper, Cik Aina Aqilah Rosli dari Terengganu pula berjaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM3,000, plaq, sijil dan hamper dan tempat ketiga dimiliki oleh En. Toh Shek Man dari Terengganu yang berjaya membawa pulang hadiah Wang Tunai RM1,000, plaq, sijil dan hamper.

Manakala bagi kategori berpasangan pula, tempat pertama dimenangi oleh Pn. Nurul Najwa Saidon & En. Faris Ikhwan dari Perlis yang membawa pulang hadiah Wang Tunai RM4,000, plaq, sijil dan hamper, Pn. Munirah Mansor & En. Muhammad Firas Aryan dari Perlis pula berjaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah Wang Tunai RM3,000, plaq, sijil dan hamper dan tempat ketiga dimiliki oleh Pn. Seng Jo Ann & En. Lim Jayee dari Perak yang berjaya membawa pulang hadiah Wang Tunai RM1,000, plaq, sijil dan hamper.

Setiap kategori juga memperuntukkan tujuh hadiah saguhati wang tunai yang bernilai RM500 bagi setiap pemenang termasuk plaq, sijil dan hamper serta hadiah bagi viewer tertinggi yang membawa wang tunai berjumlah RM 1 ribu, termasuk plaq, sijil dan hamper.
Hadiah disampaikan oleh YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II. Turut hadir YB Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA dan YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.

YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh berkata “penganjuran program pertandingan ini secara tidak langsung dapat mempromosi dan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai pentingnya menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk dinikmati bersama-sama keluarga dan rakan semasa negara menangani wabak COVID-19.”

“Kempen melalui pertandingan seperti ini dilihat lebih menarik dan berkesan kerana ianya melibatkan komunikasi ramai pihak dan mesej daripada kempen ini dapat disampaikan dengan lebih cepat dan meluas” katanya lagi.

Terdahulu, YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh telah mengadakan kunjungan hormat ke FAMA di Ibu Pejabat FAMA, Selayang bagi membincangkan lebih mendalam mengenai peranan FAMA di sepanjang rantaian pemasaran agromakanan negara.

Popular

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑

FamaTV Systems

PROGRAM 2 TAHUN MADANI @ CONFERENCE HALL KLCC

FamaTV Systems

MESYUARAT KERJASAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN DAN FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment