FAMA TV
Berita

FAMACORP METERAI MOU BERSAMA AORB GROUP

FAMACORP METERAI MOU BERSAMA AORB GROUP

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengorak langkah proaktif dengan memperluaskan lagi skop pemasarannya menerusi Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara anak syarikatnya iaitu FAMA Corporation Sdn. Bhd. (FAMACorp.) dengan Syarikat Alpha Ocean Resources Berhad (AORB) Group.

Pada tahun 2022, melalui kerjasama ini, FAMA dijangka boleh membekal kepada 60 buah kapal C3 yang beroperasi ke Lautan Hindi, dengan nilai potensi perbekalan produk agromakanan oleh FAMA sebanyak RM3 juta atau RM50 ribu/kapal.

AORB Group yang berpengkalan di Pelabuhan Batu Maung, Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan FAMA bagi urusan perbekalan keperluan barangan makanan (sayur/buah/runcit & pelbagai) bagi keperluan operator-operator kapal penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Encik Faidz Afizi Bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn. Bhd. dan Encik Simon Pua, Pengarah Eksekutif Syarikat Alpha Ocean Resources Berhad serta telah disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

#famadihatirakyat

Popular

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐆𝐀 @ 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment