FAMA TV
Berita

Majlis Perasmian Kursus Galakan Pelaburan dan Tanaman Durian

Penganjuran kursus ini merupakan salah satu pengisian di bawah Program Galakan Pelaburan & Pemasaran Tanaman Bernilai Tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan di pasaran dan sekali gus dapat memberi pulangan pendapatan yang lebih baik kepada kumpulan sasar.
Di samping itu juga, beliau berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama peserta Program Ladang Kontrak Haji Wan Omar,Tok Bali,Pasir Puteh. Beliau telah menyerahkan mock cheque Pembinaan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) kepada Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) dan kereta sorong kepada peserta Ladang Kontrak.
Turut diadakan penyerahan bayaran belian tembikai kepada wakil peserta.
Turut hadir YB Tuan Haji Abdul Azziz Bin Kadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Mustahapa Bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan), Puan Wan Nora Binti Wan Ahmad, Pengarah FAMA Negeri Kelantan dan Puan Habibah Binti Sulaiman, Pengarah Kanan Pembangunan Modal Insan.

πŸ” FAMA Kelantan

Popular

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) FAMA KE PEJABAT FAMA NEGERI PULAU PINANG

FamaTV Systems

Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan@Johor

FamaTV Systems

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ (KPKM) πŠπ„ 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 π“π€ππˆ ππ”π“π‘π€π‰π€π˜π€

FamaTV Systems

Leave a Comment