FAMA TV
Berita

Anugerah Perkhidmatan Cemelang 2022

SELAYANG, 22 Mac 2022 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu
Dikenang Tahun 2022 di Ibu Pejabat FAMA, Bandar Baru Selayang har ini.
Penyampaian anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee,
Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Malis ini diadakan bagi menghargai pegawai perhidmatan awam yang telah
memberikan perkhidmatan cemerlang yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi
tahunan pegawai dan majlis ini juga mampu menggalakkan lagi penjawat awam untuk
terus memberikan komitmen dan daya usaha dalam mempertingkatkan mutu kerja dan
produktiviti.
Pada tahun ini, jumlah keseluruhan penerima APC dan Jasamu Dikenang adalah
seramai 311 penerima untuk APC, Kakitangan Bersara, Anugerah Khidmat Setia dan
Anugerah Khidmat Amat Setia serta Anugerah Khas.
Pada 14 Mac lalu, YBhg. Ketua Pengarah FAMA telah menyampaikan kepada 95
penerima dan pada hari ini seramai 138 penerima lagi diraikan pada majlis tersebut.
Ronald juga turut mengulas mengenai Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 atau
DAN 2.0 kepada warga FAMA bagi menerangkan hala tuju sektor agromakanan yang
meletakkan pemodenan dan pertanian pintar sebagai key game changer dan teras
dasar utama yang diberikan tumpuan bagi menjayakan transformasi sektor
agromakanan.
“Melangkah kehadapan, sumbangan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dijangka akan meningkat kepada 5% menjelang tahun 2030 iaitu
akhir tahun pelaksanaan DAN 2.0 berbanding 2.3% pada tahun 2020,” ujarnya.
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
BANGUNAN FAMA POINT, LOT 17304, JALAN PERSIARAN SATU,
BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : 603-61262020 No Faks : 603-61383650 Email : [email protected]

“Antara peranan penting yang dimainkan FAMA dalam menjayakan DAN 2.0 ini adalah
dengan pembangunan Pusat Rujukan Pertanian Berteknologi Tinggi yang
menggunakan teknologi terkini dalam penghasilan tanaman. Kaedah ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan pendapatan usahawan tani dan menarik minat golongan
muda untuk menceburi bidang pertanian,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Agrobazaar Online yang merupakan portal e-dagang
dimiliki penuh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), telah dibangunkan
dan diuruskan oleh pihak FAMA.
Sehingga kini , Agrobazaar Online telah mencatatkan 6,597 usahawan dan mempunyai
19045 Stock Keeping Unit (SKU). Bermula dari ianya ditubuhkan sehingga 2021,
Agrobazaar Online telah berjaya mencatatkan nilai jualan terkumpul RM9.3 juta.
Sementara itu, Ronald juga merasmikan dewan baharu yang terdapat di Ibu Pejabat
FAMA yang boleh memuatkan 150 orang pada suatu masa mengikut amalan norma
baharu serta Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pembinaan dewan ini juga telah mengambilkira pelbagai faktor yang seiring dengan
perkembangan teknologi terkini sepertimana FAMA ke arah pendigitalan yang akan
mewujudkan produktiviti kerja kelas pertama oleh warga FAMA dalam menjalankan
tugas yang diberikan serta sentiasa dapat berhubung dengan golongan sasar tanpa
mengira tempat dan waktu dengan manfaat digital yang telah diterapkan.
Turut hadir ke majlis ini, YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha
MAFI, YB Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA dan YBhg.
Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.

Popular

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

326 WARGA FAMA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) & JASAMU DIKENANG FAMA TAHUN 2024

FamaTV Systems

Jualan Agro MADANI @ Selangor Days

FamaTV Systems

Leave a Comment