FAMA TV
Berita

MAJLIS PELEPASAN PENGEDARAN KIT MAKANAN MONSUN TIMUR LAUT BAGI TAHUN 2022/2023

KUALA SELANGOR, 1 NOVEMBER 2022 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan sebanyak 62,500 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan diberikan kepada mangsa yang terlibat dalam banjir.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Encik Abdul Rashid Bin Bahri berkata, pihaknya diberi kepercayaan oleh NADMA untuk membekalkan kit makanan sejak tahun 2015 sehingga kini.
“Satu persetujuan telah dimeterai secara dasarnya supaya FAMA menyediakan 62,500 kit makanan dan perlu menyediakan stok sebanyak 30,000 bagi penyediaan fasa pertama,” katanya.
“Ia sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa bencana dan diisi dengan produk berjenama Agromas yang sedia untuk dimakan segera tanpa perlu memasak.
“Semua makanan itu boleh bertahan selama setahun dan jumlah 62,500 kit yang ditambah tahun ini berikutan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban mangsa bencana.
“Semua makanan itu akan diagihkan kepada semua kategori mangsa bencana termasuk kebakaran dan tanah runtuh,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan Monsun Timur Laut Bagi Tahun 2022/2023 ke seluruh Malaysia di Pusat Memproses Makanan FAMA, Kuala Selangor di sini hari ini.
En Jamil Derus bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) NADMA berkata “bagi kit makanan Kit Makanan Monsun Timur Laut 2022/2023, NADMA memutuskan untuk meletakkan produk tambahan seperti beras, garam, serbuk teh dan gula dalam usaha untuk membantu mangsa mangsa bencana semasa dan selepas pulang ke kediaman,” katanya.

Jelasnya, NADMA telah memberikan peranan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai pihak yang akan menerima stok kit makanan di peringkat negeri sebelum diedarkan kepada pusat pangkalan hadapan atau pusat pemindahan sementara.

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

JUALAN AGRO MADANI AGROBAZAAR KG KUALA SLIM BANTU WARGA KUALA SLIM BERJIMAT

FamaTV Systems

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

Leave a Comment