FAMA TV
Berita

Program Solat Hajat Perdana MAFI bagi menghadapi Musim Tengkujuh bersama warga MAFI

4 November 2022 | Jumaat | 10:00 pagi | Program Solat Hajat Perdana MAFI bagi menghadapi Musim Tengkujuh bersama warga MAFI | Dewan Serbaguna MAFI*

Menurut laporan MET Malaysia, beberapa negeri di Semenanjung seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami hujan lebat Monsun pada November 2022 hingga Disember 2022. Manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami Hujan Lebat Monsun pada Disember 2022 hingga Januari 2023

Selain dari pelbagai persiapan dan persediaan yang dilakukan bagi menghadapi hujan lebat monsun ini, pihak MAFI turut beriktiar dengan mengadakan Program Solat Hajat Perdana MAFI bagi memohon kepada Allah SWT agar dengan Rahmatnya Negara Malaysia terpelihara dari segala bencana.

Program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI. Turut hadir YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (P) MAFI dan YBrs. Puan Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (D) MAFI

Pengisian program ini dimulakan dengan solat hajat dan bacaan yaasin. diikuti ceramah oleh penceramah: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Didalam program yang sama YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI sempat meluangkan masa bersama anak anak tadika yang terletak bersebelahan Dewan Serbaguna MAFI.

Di akhir program Dato’ Haslina, meninjau Projek Smart Indoor Farming dalam Program Bio PINTAR yang terletak di Lobi Wisma Tani. Bio Pintar ini merupakan hasil kolaborasi antara Bahagian Permodenan Pertanian dan Bioeconomy Cooperation sertta rakan strategik teknologi MSD Innovation Sdn Bhd. Program ini mengetengahkan Pertanian Bandar Secara Pintar khususnya melalui penggunaan teknologi berteraskan Revolusi Perindustrian (4IR) seperti penggunaan teknologi Internet Benda (Internet of Things), pengkomputeran awan (cloud) dan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

JUALAN AGRO MADANI AGROBAZAAR KG KUALA SLIM BANTU WARGA KUALA SLIM BERJIMAT

FamaTV Systems

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

Leave a Comment