FAMA TV
Berita

Berita Ringkas Ihya Ramadan

Pihak Pengurusan FAMA pada hari ini telah mengadakan Majlis Ihya Ramadan FAMA 2023 / 5 Ramadan 1444H yang bertempat di Dewan DZA Ibu Pejabat FAMA. Program ini dirangka bertujuan untuk menghidupkan penghayatan Ramadan dan mencetuskan hubungan dan rasa kekeluargaan di kalangan kakitangan FAMA. Turut hadir pada hari ini adalah YBhg. Dato Ahmad bin Ishak, Pengerusi Persatuan Alumni FAMA, dan YBrs. Tn Hj Mansor bin Omar, Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni FAMA. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, MK Ketua Pengarah FAMA.
Sempena program ini jua, diadakan Penyerahan sumbangan FAMA kepada Persatuan Alumni FAMA, Bacaan Yassin & Tahlil, jamuan berbuka puasa, solat fardhu dan tarawih berjemaah. Seramai 200 orang kakitangan pelbagai peringkat turut menghadiri program hari ini dari Ibu Pejabat dan FAMA Negeri.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment