FAMA TV
Berita

berita ringkas 10 april

SIRI KEDUA KERJASAMA STRATEGIK FAMA & BANK RAKYAT MENERUSI SEMARAK RAMADAN FAMA TAHUN 2023
10 April 2023 (Isnin)
2.30 petang
Dewan DZA, Ibu Pejabat FAMA
Program Semarak Ramadan yang menjadi aktiviti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) saban tahun sejak 2017 akan menjelajah ke 29 lokasi seluruh negara pada tahun ini. Dengan sasaran lokaliti luar bandar, program ini diharap dapat mendekatkan pihak FAMA bersama golongan sasar di samping dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti kebajikan bersama komuniti setempat.

Pada hari ini, bertempat di Ibu Pejabat FAMA telah berlangsung pelancaran program yang disempurnakan oleh Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA bersama Encik Nizam Sani, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat.
Sempena bulan Ramadan 1444H/2023, Bank Rakyat bersama lagi bagi tahun ke dua untuk menjayakan program jelajah Ramadan FAMA dan menyalurkan sumbangan berjumlah RM600 ribu kepada pihak FAMA dalam bentuk kit kebajikan makanan untuk disumbangkan kepada hampir 4,000 orang yang terdiri daripada golongan asnaf di seluruh negara.
Turut hadir, Puan Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA dan Dato’ Abdul Ghariff bin Ramin, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn Bhd.

MAJLIS SEUNTAI KASIH, SEKALUNG BUDI BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) FAMA
10 April 2023 (Isnin)
3.30 petang
Dewan DZA, Ibu Pejabat FAMA
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan YBhg. Dato’ Mohamad Mustahapa bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) yang bakal bersara wajib (60 tahun) pada 11 April 2022 setelah mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan kepada FAMA selama 37 tahun.
FAMA ingin mengucapkan ‘Selamat Bersara’ dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ atas jasa dan khidmat bakti selama ini. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dikenang dan persahabatan yang terjalin sepanjang perkhidmatan tidak akan terhenti di sini malah akan terus berkekalan.
Selamat menikmati alam persaraan dan selamat maju jaya.

MAJLIS KHATAM PERDANA & IFTAR FAMA 1444H/2023M
10 April 2023 (Isnin)
6.30 petang
Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA
Pengisian Majlis:
Di Mulakan Dengan Majlis Khatam Quran
Tazkirah Agama: Mencari Lailatul Qadr
Solat Maghrib Berjemaah
Iftar
Solat Isyak Berjemaah
Solat Terawih

Popular

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

326 WARGA FAMA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) & JASAMU DIKENANG FAMA TAHUN 2024

FamaTV Systems

Jualan Agro MADANI @ Selangor Days

FamaTV Systems

Leave a Comment