FAMA TV
Berita

Perasmian Program Pelancaran Go Cashless @ Outlet-Outlet FAMA

13 Oktober 2023 l Jumaat I Agrobazaar Rakyat Mat Frozen
Berlangsungnya Perasmian Program Pelancaran Go Cashless @ Outlet-Outlet FAMA oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA yang bertempat di Agrobazaar Mat Frozen Teluk Intan, Perak.
Turut hadir bersama YBrs. Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, YBrs. Puan Imelda binti Shubari, Ketua Perhubungan Sektor Awam, Bahagian Perhubungan Pihak Berkepentingan, Payment Network Malaysia Sdn. Bhd. YBrs. Tuan Saidi Bin Haji Shaari,Pegawai Daerah Hilir Perak dan YBrs. Tuan Haji Noorsham bin Ramly, Pengarah FAMA Negeri Perak.
Melalui kerjasama ini PayNet akan menyediakan sokongan dana untuk pelaksanaan program pemasaran, manakala FAMA menerusi rangkaian luang pasaran di seluruh negara menyalurkan maklumat berkaitan transaksi data daripada usahawan melalui semua saluran e-pembayaran. Bermula September 2022 sehingga Julai 2023, sebanyak 131 siri kempen pendigitalan telah dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 3,692 usahawan FAMA. Kempen pendigitalan Fasa 2 pula akan bermula dari September 2023 sehingga penghujung Disember 2023.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment